Mahalnya Kita

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Sepanjang hidup berbelas tahun atas planet bumi ni, aku baru sedar something. Aku baru perasan rupanya nak jadi muslimah yang mukminah tu mahal kosnya ya?
Tsk. Siannya minah ni baru tahu. Facepalm.





Tak tahu la pulak, dulu aku tak pernah kaji. Tapi hari tu baru experience benda ni. Satu hari tu, aku pegi satu kedai busana muslimah ni nak cari tudung and sebab aku yakin kat situ ja jual tudung bidang selain 45. Paham? Haiih. Bidang labuh la. 50, 55, 60. Tahu?

Haa. Yang tulah. Erk.



Niat memang masuk u first sem degree ni nak pakai tudung labuh sikit. Plan asal tu nak hijrah ke bidang 50.



Ok, tahu tak, sekali aku tengok harga dia sangat la aku tak expect! Lagi pun aku tak pernah survey harga harga tudung sebab aku ingat sama ja, or paling kurang pon harga bertambah sikit la ikut labuh tudung. Kan kan kan? aku agak camtu la. 


Nampak sangat diriku innocent -,-



Pastu, nak jadikan cter, aku tengok harga dia letak atas tu, bidang 50 RM25, bidang 60 pulak RM29. Aku genapkan harga tu haha. But seriously, i was like, terkejut beruk kau. Aku tak expect, paham. Tapi mujur iman ni kuat kan, aku amik la jugak dua. Ya, aku beli dua ja. Tapi based on advise akak tu aku amik bidang 60. Ah, kenapa perlu ragu untuk berubah ke arah positif betul tak? Hehe. Pastu aku beli baju muslimah satu. Ada satu rasa bahagia dan tenang time tu. Kalau takda malu, rasanya macam nak melonjak riang kat situ gak. Haha.


Hakikatnya, perubahan itu memerlukan kos yang mahal. Sanggup ka nak buang jeans, dress berjenama semua pastu nak beli baju baru, in precise baju baju muslimah? Macam membazir tak? Ehh? Rasa membazir ka? Sayang? Haa. Nampak! Tulah namanya pengorbanan. Sembang nakkan redha Allah *wink wink.


Dulu dulu, baju t shirt tangan pendek aku beli RM10 ja. Ya dulu saya suka baju tangan pendek, tangan saya bogel. Plus, aku cam minah rock ja, sempoi la kunun kunun kan. sebab tu aku banyak koleksi jersi. Aku rasa cool. hoho. Lepas tu, bila aku dah masuk u, aku malu nak pakai tangan pendek dah so aku match ngan cardigan 10 hegget gak. Tudung? Cam biasa arh, tudung sarung yg macam indon dok pakai tuh kan harga dia RM10 gak. Jangan tanya kenapa aku begitu gemar angka 10 hahaa. And, kalau tak pon tudung bawal yg kita selalu pakai tu pon harga RM5 ja kan? Nampak pasaipa ceq terkejut tdg bidang 60 lebih mahal menjangkaui ekspektasi? 


Tapi kemudian, muhasabah balik. Aku nak jadi wanita yg mahal di mata DIA. Cover semua sebab saya berduit [mampu maksud aku], bukan setakat membalut badan ja. Ok sentap? Setakat 30 ringgit takkan nak berkira sangat berbanding nikmat yg Allah bagi untuk kita mengalami perasaan tu. Kan? Alhamdulillah. Dalam banyak banyak orang Allah pilih kita. Sweetnya =)


Kbai.



oh mirah, ni gambar yg kau nak. i took a few sbb tak tau kau nak prefer yg mana  but i chose the second one hee. ikut kau la =)











aku bukan camwhore so aku xreti nak posing posing bagai. hua!!! nampak tak aku cuba menyembunyikan keawkwardan di situ? hahaha sekian.


Puasa dosa

Asalamualaikum

Kadang kadang aku rasa macam aku ni no good untuk sapa sapa pon. Kadang kadang jela. Sebab adik aku suka sangat bentak bentak aku, aku pon tak tau apa salah aku.

Adik aku yg nombor tiga tu, dia memang baran. Semua nak kena ikut cakap dia ja. Bukannya aku tak mainkan peranan, cuma malas asyik nak kena menangkan pihak lawan ja.

Saya kan nak jadi baik. So kena la sabar. Hmmphh. Biar hang dapat dosa, aku ambik pahala. Sapa suruh hang jerkah jerkah aku? Biadap.

Hari tu masa bulan puasa, aku sebagai kak long ni kena gerak adik adik mangkit soq. Tahu? Sahur la. -.-

Budak budak ni (yg susah kejut yg nombor 3 ngn nombor 4) tak suka bangun pagi, so mmg carik nahas jugak r keja aku. Bukan setakat mencantum bulu harimau malah lebih dasyat daripada itu. Mula mula alkisahnya adik aku yg bongsu tu, lelaki. Dah kejut, 10 minit, awal awal ok lagi. Tapi tak bangun.


Aku cuba lagi.


Sekali dia dah terajang terajang aku, tendang, gusti semua, dia mengamuk sebab aku kejut. Air mata aku dah bergenang dah masa tu. Sebab aku tahan sabar wey. Aku rasa macam nak cekik dia dah time tu. Tapi aku tahan ja.

Sekali tu, dia ckp, “wey hang ni menyemak arhh. P la balik universiti penat hang tuh!!” ada lagi tapi aku tak sanggup nak sambung. Tulah yg paling aku sebak sekali. Sob sob. Aku menangis lagi masa type ni. Masa tu Allah ja yg tau perasaan aku. Kalau ikut perangai aku yg dulu, budak tu dah separuh nafas berbirat aku buat, tapi now aku dah insaf. Haha.

K masih sedih.


Oh ya! Universiti Pertahanan Nasional Malaysia = Universiti Penat Nak Mampos (adik aku panggil universiti penat)


Aku terasa sampai berhari hari aku nangis. Punya la terkilan. Masa nak tidur nangis, masa nak solat nangis. Haiih kental aku tu aku show off ja, dalam hati ada taman bunga woo. Pastu dalam dua hari aku tak cakap ngn dia. Aku tak peduli. Masa dia ada, aku lari jauh jauh sikit. Bila dia nak bercakap ngn aku, cepat cepat aku mengelak. Bila dia tanya papa, aku buat buat tak dengar. Sakitnya hati aku masa tu, ya Allah tulah first time aku rebel gila gila ngn manusia.


Bila dah nak masuk hari ketiga tu kan, aku teringat satu hadis yg ckp tak boleh tak bertegur dengan sedara melebihi tiga hari. Dosa wey! Aku takut, tapi aku masih terkilan. Tapi agama tak membenarkan, so aku tak boleh saja saja nak langgar. Hari dua setengah tu, aku cakap sikit sikit la even takda perasaan sangat pon. Janji aku tegur jugak kan.


Huh adik aku tu kecik lagi, mana la dia nak paham perasaan kakak dia ni. Mostly, takda sapa yg betul betul jaga hati dan perasaan aku. Takpa, aku dah biasa.










Tunggu la aku mati baru orang nak hargai kot. Time tu, aku nak tengok, berapa ramai yg menangis terima khabar kematian aku? Puas?





Tarbiyah Ramadhan

Asalamualaikum.


Type entry sambil kunyah kacang. Kunyah? Eiiyuww geli.


Takda papa. In Shaa Allah saya takkan update pasal raya sbb yg lagi penting untuk saya adalah Ramadhan yg telah berlalu ini. 


Jujurnya, saya sedih sgt taun ni. Rasa sebak sgt bila dengar takbir. And tahun ni saya pegi semayang raya. Woo first time! Saya rasa bangga sangat dpt menjadi anggota jemaah saf depan bersama makcik makcik pertengahan umur. Saya ja yg muda. Ahaks btul ni.


Cakap jujur, saya tak penah semayang raya before this. Niat ada tp sll ada excuse. Haiih *mengeluh*


Dah la saya tak tau camna nak semayang raya. Betul betul taktau and niat nak google tp internet dah expired pulak. So saya bulatkan tekad, saya tawakkal ja time tu. Saya doa banyak banyak dgn Allah. Guess what? Allah tolong saya! Before solat, pak imam tu terangkan cara cara yg betul utk semayang raya. Mungkin dia tau ada manusia macam saya ni. Mungkin dia tau saya jahil haha. Saya seronok sangat sangat tp saya cover cover ja sbb saya segan makcik sebelah dah pandang pandang semacam. hoho. Alhamdulillah. Allah tu baik kan kawan kawan?


Tahun ni Ramadhan dah tarbiyah saya untuk saya menjadi seorang muslim yg lebih baik di sisiNya. Harap harap masih boleh jumpa Ramadhan next year sbb saya nk cuba dapatkan Lailatul Qadar. Tahun ni tak sempat. Huhu. Tapi takpa, tu azam baru saya.


Hmm nak cakap apa lagi ya??


Haa saya nak tanya, syaitan sepatutnya dah escape kan? Tp kenapa ya saya rasa mcm syaitan tak kacau saya? Mohon jangan gelak. Saya cakap betul nih. Alhamdulillah hebatnya kuasa Allah. Saya takut jugak, nanti nanti bila Ramadhan dah berlalu, saya buat balik perangai lama. Kecundang. Takut tak istiqamah. Takut nafsu dan syaitan kembali merajai hati. Isy takleh jadi.


So, saya selalu doa kat Allah banyak banyak semoga Dia tetapkan iman saya di paksinya. Amin. Kawan kawan tolong doakan saya k.

Asalamualaikum. Selamat Hari Raya Semua Maaf Zahir Batin!


p/s : Tetiba guna kata ganti nama 'saya'. Kaku di situ. Sekian.