Tarbiyah Ramadhan

Asalamualaikum.


Type entry sambil kunyah kacang. Kunyah? Eiiyuww geli.


Takda papa. In Shaa Allah saya takkan update pasal raya sbb yg lagi penting untuk saya adalah Ramadhan yg telah berlalu ini. 


Jujurnya, saya sedih sgt taun ni. Rasa sebak sgt bila dengar takbir. And tahun ni saya pegi semayang raya. Woo first time! Saya rasa bangga sangat dpt menjadi anggota jemaah saf depan bersama makcik makcik pertengahan umur. Saya ja yg muda. Ahaks btul ni.


Cakap jujur, saya tak penah semayang raya before this. Niat ada tp sll ada excuse. Haiih *mengeluh*


Dah la saya tak tau camna nak semayang raya. Betul betul taktau and niat nak google tp internet dah expired pulak. So saya bulatkan tekad, saya tawakkal ja time tu. Saya doa banyak banyak dgn Allah. Guess what? Allah tolong saya! Before solat, pak imam tu terangkan cara cara yg betul utk semayang raya. Mungkin dia tau ada manusia macam saya ni. Mungkin dia tau saya jahil haha. Saya seronok sangat sangat tp saya cover cover ja sbb saya segan makcik sebelah dah pandang pandang semacam. hoho. Alhamdulillah. Allah tu baik kan kawan kawan?


Tahun ni Ramadhan dah tarbiyah saya untuk saya menjadi seorang muslim yg lebih baik di sisiNya. Harap harap masih boleh jumpa Ramadhan next year sbb saya nk cuba dapatkan Lailatul Qadar. Tahun ni tak sempat. Huhu. Tapi takpa, tu azam baru saya.


Hmm nak cakap apa lagi ya??


Haa saya nak tanya, syaitan sepatutnya dah escape kan? Tp kenapa ya saya rasa mcm syaitan tak kacau saya? Mohon jangan gelak. Saya cakap betul nih. Alhamdulillah hebatnya kuasa Allah. Saya takut jugak, nanti nanti bila Ramadhan dah berlalu, saya buat balik perangai lama. Kecundang. Takut tak istiqamah. Takut nafsu dan syaitan kembali merajai hati. Isy takleh jadi.


So, saya selalu doa kat Allah banyak banyak semoga Dia tetapkan iman saya di paksinya. Amin. Kawan kawan tolong doakan saya k.

Asalamualaikum. Selamat Hari Raya Semua Maaf Zahir Batin!


p/s : Tetiba guna kata ganti nama 'saya'. Kaku di situ. Sekian.


2 comments:

Any better idea? Do share please