Puasa dosa

Asalamualaikum

Kadang kadang aku rasa macam aku ni no good untuk sapa sapa pon. Kadang kadang jela. Sebab adik aku suka sangat bentak bentak aku, aku pon tak tau apa salah aku.

Adik aku yg nombor tiga tu, dia memang baran. Semua nak kena ikut cakap dia ja. Bukannya aku tak mainkan peranan, cuma malas asyik nak kena menangkan pihak lawan ja.

Saya kan nak jadi baik. So kena la sabar. Hmmphh. Biar hang dapat dosa, aku ambik pahala. Sapa suruh hang jerkah jerkah aku? Biadap.

Hari tu masa bulan puasa, aku sebagai kak long ni kena gerak adik adik mangkit soq. Tahu? Sahur la. -.-

Budak budak ni (yg susah kejut yg nombor 3 ngn nombor 4) tak suka bangun pagi, so mmg carik nahas jugak r keja aku. Bukan setakat mencantum bulu harimau malah lebih dasyat daripada itu. Mula mula alkisahnya adik aku yg bongsu tu, lelaki. Dah kejut, 10 minit, awal awal ok lagi. Tapi tak bangun.


Aku cuba lagi.


Sekali dia dah terajang terajang aku, tendang, gusti semua, dia mengamuk sebab aku kejut. Air mata aku dah bergenang dah masa tu. Sebab aku tahan sabar wey. Aku rasa macam nak cekik dia dah time tu. Tapi aku tahan ja.

Sekali tu, dia ckp, “wey hang ni menyemak arhh. P la balik universiti penat hang tuh!!” ada lagi tapi aku tak sanggup nak sambung. Tulah yg paling aku sebak sekali. Sob sob. Aku menangis lagi masa type ni. Masa tu Allah ja yg tau perasaan aku. Kalau ikut perangai aku yg dulu, budak tu dah separuh nafas berbirat aku buat, tapi now aku dah insaf. Haha.

K masih sedih.


Oh ya! Universiti Pertahanan Nasional Malaysia = Universiti Penat Nak Mampos (adik aku panggil universiti penat)


Aku terasa sampai berhari hari aku nangis. Punya la terkilan. Masa nak tidur nangis, masa nak solat nangis. Haiih kental aku tu aku show off ja, dalam hati ada taman bunga woo. Pastu dalam dua hari aku tak cakap ngn dia. Aku tak peduli. Masa dia ada, aku lari jauh jauh sikit. Bila dia nak bercakap ngn aku, cepat cepat aku mengelak. Bila dia tanya papa, aku buat buat tak dengar. Sakitnya hati aku masa tu, ya Allah tulah first time aku rebel gila gila ngn manusia.


Bila dah nak masuk hari ketiga tu kan, aku teringat satu hadis yg ckp tak boleh tak bertegur dengan sedara melebihi tiga hari. Dosa wey! Aku takut, tapi aku masih terkilan. Tapi agama tak membenarkan, so aku tak boleh saja saja nak langgar. Hari dua setengah tu, aku cakap sikit sikit la even takda perasaan sangat pon. Janji aku tegur jugak kan.


Huh adik aku tu kecik lagi, mana la dia nak paham perasaan kakak dia ni. Mostly, takda sapa yg betul betul jaga hati dan perasaan aku. Takpa, aku dah biasa.










Tunggu la aku mati baru orang nak hargai kot. Time tu, aku nak tengok, berapa ramai yg menangis terima khabar kematian aku? Puas?





No comments:

Post a Comment

Any better idea? Do share please